A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
DEMIKIAN masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.
Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.
Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."
Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg.mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”
Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.
Kepada cikgu dari Kuantan yang hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:
“Kalau pada suatu pagi yang berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadat maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin, timbang rasa dan sama rata.”
Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi iaitu pada pada 6 Mei genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.
Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.
Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta banyak lagi slogan dan motto.
Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas.
Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu.
Terima kasih.