Quantcast
Channel: The Scribe A Kadir Jasin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 760

Di Malaysia Kita Macam-macam Ada

$
0
0

A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DENGAN izin dan permohonan maaf. Ini cerita peribadi. Alhamdulillah, saya selamat balik semula ke tanah air. April dan Mei bulan bapa dan atuk.

Mula-mula ke Adelaide, Australia untuk konvokesyen anak perempuan saya di University of Adelaide dan lepas itu ke Zurich, Switzerland untuk melawat anak-anak dan cucu – dua anak dan tiga cucu.

Di Australia musim gugur dan di Switzerland musim bunga.

Tetapi, bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Lagilah gembira saya apabila tiba saja di KLIA, saya “diberikan” sambutan “truly Malaysia”.

Cik imigresen yang periksa pasport saya tak pun angkat kepala bila saya bagi ucap selamat. Biasalah bagi penjawat awam sekarang majoriti dia bertudung.

Jadi kalau muka saya berubah kerana pembedahan plastik atau suntik botox hatta saya guna pasport curi sekali pun rasa-rasanya dia tak perasan. Saya tidak buat pembedahan plastik, tak suntik botox dan tak guna pasport curi!

Di negara lain, mereka ramah. Termasuklah di negara kafir. Mereka buat “small talk” (borak) dengan kita. Kita yang tak buat salah rasa seronok dan lega. Yang buat salah boleh dikesan melalui reaksi mereka.

Kalau layanan sambil lewa cik imigresen belum meyakinkan saya yang saya selamat tiba di tanah air tercinta, pengalaman di ruang bagasi membuktikan secara sahih dan mutakhir bahawa saya sememangnya sudah kembali ke Malaysia. (Boleh dengar di sini).

Seperti biasa, penumpang dan ejen bagasi berebut-rebut memungut beg yang keluar perlahan-lahan dan tidak teratur.

Tetapi pada malam saya tiba, peristiwa yang mengesahkan kepada saya yang saya sudah berasa di Malaysia truly Asia ialah salah sebuah daripada dua tandas di ruang bagasi ditutup kerana tidak ada air. Ingatkan catuan air sudah berakhir!

Apa-apa pun, saya gembira kembali ke Malaysia yang, macam kata satu promo Astro, “macam-macam ada”. Rogol, bunuh, rompak, langgar, terbalik – sebut saja.

Sudah kena nasi lemak dan teh si kosong panas nipis. Kata orang Kedah, haghi ni nak pi pekena ghoti canai pulak. Jom!

Orang putih kata, "it's nothing like home". Buruk dan baik inilah negara kita, Malaysia. Wallahuaklam.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 760

Trending Articles