A Kadir Jasin
UPDATE, 9 April - Tun Dr Mahathir Mohamad hari mencabar penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, supaya mengisyiharkan sokongan mereka kepada 1MDB dan modus operandi urus niaganya.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata mereka perlu menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan mengenai 1MDB kalau mereka setuju dengan Mohd Najib dan menyokong beliau. (Rencana penuh di sini).
POSTING ASAL
IBU Sirul Azhar Umar, Piah Ahmad, telah berjumpa bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.

![]() |
Sirul buatkan ramai "love PM". Kata orang "I Love PM" adalah legasi Allahyarham (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis |
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Laporan beberapa portal berita bebas berkata beliau diiringi oleh Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Awal pagi ini, dalam jawapan kepada SMS saya, Mahfuz mengesahkan yang perjumpaan itu berlaku semalam (Rabu).
![]() |
(Dari Kiri) Mahfuz, Dr Mahathir, Ibu dan bapa saudara Sirul (FMT) |
Ibu Sirul dikatakan telah berkongsi maklumat dan beberapa fakta rahsia dengan Dr Mahathir berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Sirul bersama Cif Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu atas tuduhan membunuh Altantuya. Sirul tidak hadir mahkamah dan muncul di Australia kemudiannya.
Wallahuaklam.