A Kadir Jasin
Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.
MUTAKHIR, 5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan “no show” Mohd Najib di majlis dialog “Nothing2Hide” dengan NGO di PWTC pagi ini.
"Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir |
Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.
Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.
Atau mungkin beliau menderita maladi “hypersomnia” yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness (EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three months prior to diagnosis.]
![]() |
Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"? |
Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang lebih kronik separti “gila isin” (istilah utara daripada bahasa Inggeris “insane”) dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris “coward”). Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak.
POSTING ASAL
PERDANA Menteri Datuk Mohd Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat sokongan rakyat Sarawak.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Serentak itu, beliau memberi kata dua agar jangan menguji beliau kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.
Beliau dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.
![]() |
Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak |
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.
Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.
Keturunan Mohd Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.
Sarawak menjadi negeri terkini, selepas Sabah, Pahang dan Perlis, yang “mengikrarkan” sokongan kepada beliau dalam rangka lawatannya ke seluruh negara bagi melawan cabaran terhadap pemerintahannya.
Tambah Mohd Najib lagi: "Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang."
![]() |
Malam ini mereka nyenyak tidur sebantal |
Sambil menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Najib berkata: "Dia (Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem) hanya minta satu penggal saja - lima tahun lagi pentadbiran - bukannya 22 tahun."
Katanya lagi: “ Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak... nak lagi saya jadi PM ke tidak?"
"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”
"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”
Isi Hati Mohd Najib
Kalau Mohd Najib kata beliau boleh baca hati orang, kita pun boleh baca hati beliau. Beliau sebenarnya tidur tak nyenyak walaupun tidur sebantal dengan isterinya.
Misalnya, beliau memilih negeri kelahiran beliau sendiri (Pahang) dan disusuli oleh Sabah, Perlis dan Sarawak kerana beliau tahu mudah mendapat audiens yang ramai bagi menyambut beliau serta bertempek sorak dengan beliau di negeri-negeri luar bandar yang miskin.
Ini adalah selaras dengan pergantungan Barisan Nasional kepada kerusi luar bandar. Lawatan ke Sarawak mempunyai erti tambahan kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya dewan undangan tidak lama lagi.
Kemenangan besar BN Sarawak penting untuk kelangsungan pentadbiran Mohd Najib. Tetapi tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, BN pusat tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sarawak kerana BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri. Parti-parti BN pusat tidak diwakili di negeri itu.
Jerayawara (roadshow) ke negeri-negeri miskin ini juga penting kepada Mohd Najib kerana audiens umumnya tidak tahu dan tidak faham isu-isu besar yang menghimpit kepemimpinan beliau seperti 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan hutang negara yang semakin meruncing akibat kelemahan mata wang.
Beliau hanya perlu berpidato berapi-api dan menjanjikan habuan itu dan ini sambil mendabik dada mengatakan yang beliau berdarah raja.
Wallahuaklam.