Quantcast
Channel: The Scribe A Kadir Jasin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 760

Shahrizat Kata, Najib "Best President Ever"

$
0
0



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

INI yang dilapor akhbar The Star
Shahrizat kata,
Najib the best Presiden ever
For the Umno Wanita.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Jadi apakah yang kita nak kata
Kerana Shahrizat sudah bersuara
Menobatkan Najib sebagai dewata?

Poor Datuk Onn
Poor Tunku
Poor Tun Abdul Razak
Poor Tun Hussein
Poor Tun Dr Mahathir
Poor Tun Abdullah.

Listen to her, Najib is the best President ever
Lo and behold
Najib is the best President ever
For the Umno Wanita.

So what do we say of the future?

Maksudnya lepas ni boleh tutup kedai la
Dah tak ada lagi Presiden sehebat dia.

Pity Ahmad Zahid Hamidi
The best President you shall never be.

Walapun 101% setia tapi tak ada "chance" jadi the best President
Maksudnya,
Hangpa semua tak guna
Najiblah orangnya.

Ampu dan puji bawa rezeki
Jadi penasihat berpangkat menteri
Projek lembu dibagi kepada laki
Anak dapat biasiswa ke luar negeri.

Yang lain tu tunggu apa lagi?
Puji dan puja jangan berhenti
Silap-silap dapat projek sebesar 1MDB
Sharizat kata apa peduli
1MDB hanyalah fitnah DAP!

Go ahead and shower him with praises
Since prostrating takes you places.

Cari makan bung
Hidup bahagia
Kepala tak bingung
Kumpul harta
Uwang banyak
Tidur nyenyak
Rakyat peduli apa
Bila tiba pilihan raya
Bagilah dedak dan gula-gula.

Itulah parti penyelamat rakyat
Belum mati sudah jadi keramat
Puji dan puja jadi syarat
Kalau nak hidup selamat
Dapat harta dan pangkat
Kononnya untuk agama, bangsa dan negara
Tapi lain dicakap lain dibuat.

But why not?
Be a carpet beggar
Or an apple polisher
If they bring wealth and pleasure
This is your age of the Aquarius
And you shall live forever
Hell with principle
Damn with the scruple
Forget the struggle.

PS: Saya sudah balik.
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Lebih baik di negeri sendiri.

Wallahuaklam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 760

Trending Articles