A Kadir Jasin
﷽
LEBIH setahun susah berlalu tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
![]() |
Utusan bohong: Sampai sekarang PM tak saman |
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York. (Baca di sini)
![]() |
Patriot: Husam Adun Salor, Kelantan |
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Husam, Ahli Dewan Undangan Salor, Kelantan.
![]() |
Chang: Wira rakyat |
Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina.
Chang and Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.
Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.
![]() |
(Dari kiri) Jho Low, Putera Turki bersama Najib anak beranak |
Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.
![]() |
(Dari kiri) Leissner, isterinya aktres Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah Nasional) |
Hakikat mereka memfailkan saman itu pada hari Selasa cukup bermakna kerana Mohd Najib pun berjanji akan saman WSJ pada hari Selasa. Bezanya Selasa Mohd Najib sudah lebih setahun berlalu dan dia belum saman. (Kalau berminat boleh baca di sini)
Menurut kertas mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan secara sedar menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB untuk faedah peribadi termasuk mengadakan majlis suka ria untuk bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio dengan tujuan mengambil hati beliau.
DiCaprio memegang watak utama dalam filem “The Wolf of Wall Street” yang dibiayai oleh syarikat filem anak Rosmah Mansor.
![]() |
"Serigala Wall Street" cerminan gaya hidup hedonistik Riza dan Jho Low |
Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.
Mereka adalah patriot dan wira rakyat.
Wallahuaklam.